Saturday, September 1, 2018

10 Tips Jaga Muka Dengan Betul. Cubalah!

Tips dan cara jaga muka

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.


2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI
Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS
Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU
Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN
Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)
Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. MINYAK SAYURAN
Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. SENAMAN MUKA
Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

AKHIR KATA
Cara jaga muka

Selalulah membasuh muka dan rutin yang paling ringkas bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Bersihkan tangan anda ketika hendak memegang muka dan selalulah membuat perawatan muka (masker, scrub) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka anda akan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah. sumber

Saturday, August 25, 2018

10 Rahsia Kulit Muka Halus dan Cantik Orang Korea

Add captionmuka orang korea memang cantik

Jika anda seorang peminat drama Korea mesti perasan kulit muka orang Korea sangatlah bersih dan sihat. Tak kira lelaki ke perempuan kulit muka mereka flawless dan glowing habis! Dan kalau nak tahu orang Korea ni sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman. Sebab itu lah nenek-nenek di sana masih boleh melakukan aktiviti sukan yang lasak. Dahsyat betul.

Gadis manis ini kongsi 10 rahsia dan cara-cara orang Korea jaga muka dan badan. 
Cara-Cara Orang Korea Jaga Muka & Badan
Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yg kina belajar dari orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda dtg korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yg putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan2 Korean cara diorg jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yg diorg bgtau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:

1) Penjagaan kulit yg wajib ada :
– pencuci muka (kina perasan ada yg cuci muka guna berus muka pobling tu, ni mmg sgt2 berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga2 benda kat atas ni adalah benda asas yg setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga2 di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak2, at least yg tiga tu mesti ada.

2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit2 mati & daki2. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend Aqua Peeling.

3) Sunblock
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.

4) Tidak makan makanan yg berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yg minimum
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim2.

5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.

6) Banyak bersukan
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran korea (umur dh 50 ke atas). Diorg kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je. So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan.

7) Pakai Face Mask 2kali seminggu
Kawan2 Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana. Mask ni sangatt membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.

8) Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit. Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.

9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. mula2 pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi

10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yg dah disenaraikan kat atas tu

So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat2 la mahal. Jadi seboleh2 nya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebabtu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?

Semoga info2 ini memberi manfaat. Boleh share kat kawan2.


Tuesday, August 21, 2018

Umur cecah 60, ini rahsia Aznil Nawawi masih kekal muda

rahsia awet muda Aznil

PENGACARA no. 1 negara, Datuk Aznil Hj Nawawi mengakui tidak menyangka sudah hampir tiga dekad mewarnai dunia seni tanah air. Tetap laris dengan pelbagai tawaran, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Paknil, 56, dilihat sentiasa tampil dengan imej muda dan bertenaga.

Ditanya tentang soal itu, Aznil yang ditemui ketika majlis Sidang Media Ceria Megastar ini terus ketawa kecil.
“Sejak dari kecil lagi saya seorang yang energetik, aktif dan tampil ceria sentiasa sehinggalah sekarang.

“Alhamdulillah, saya tiada sakit apa-apa membuatkan kehidupan juga berjalan lancar,” jelasnya.
Dari segi penjagaan wajah, kata Aznil, dia sangat mengutamakan kebersihan diri.

“Saya tiada petua tertentu, sebaliknya hanya mengamalkan rutin mencuci muka setiap pagi dan malam.

“Amalan ini bukan dilakukan selepas berada dalam dunia glamor, tetapi telah diamalkan semenjak saya berusia 12 tahun ini.

“Bagi saya penjagaan wajah itu sangat penting tidak kiralah perempuan atau lelaki,” jelasnya.
Menurut Aznil lagi, atas kesedaran itu jugalah dia tampil dengan satu produk penjagaan wajah bagi membantu mereka yang mementingkan aspek itu.

“Ketika mula memperkenalkan  produk  tersebut,  saya sebenarnya nak ajar kaum lelaki bahawa tak ada salahnya kita mengambil berat tentang penjagaan wajah.

“Namun apa yang berlaku, kebanyakan pembeli terdiri daripada golongan wanita dan itu bermakna saya gagal yakinkan kaum lelaki dengan benda-benda macam ini.

“Mungkin mereka anggap saya jaga wajah sebab kerjaya saya, namun sebenarnya penjagaan wajah ini adah perlu untuk semua orang,” katanya. - sinar


Sunday, May 1, 2016

Produk D'Herbs untuk jerawat..sejauh mana keberkesanannya

Produk D'Herbs yang diasaskan oleh jutawan muda tempatan, Dato' Alif Syukri ini memang sedang meletop-letop di pasaran. Maka tak hairanlah kenapa beliau menjadi salah seorang usahawan tempatan antar yang terkaya di Malaysia dalam bidang kosmetik. Kalau kita tengok tv pun hampir setiap stesyen menyiarkan iklan 'terlajak laris' sampai naik muak mendengarnya...hehe.

Kali ini saya nak bercerita mengenai salah satu produk D'Herb yang dikatakan mampu merawat masalah jerawat di muka. Sejauh manakah keberkesanannya? Ia sebenarnya bergantung kepada jenis kulit kita. Maklumlah, semua manusia ini memiliki jenis kulit yang berbeze-beze. Ada yang kering dan ada yang berminyak. Kalau orang yang aktif melakukan aktiviti luar pula, memang agak berminyak lah muka tu sebab terlalu banyak berpeluh. Dan bagi budak remaja yang baru mencapai akil baligh pun berpotensi juga untuk mengalami masalah jerawat walaupun pertumbuhan jerawat itu sesuatu yang normal. Ianya disebabkan oleh hormon yang kurang seimbang ketika akil baligh.

Krim Lunas Jerawat D'Herbs
Nah, ini lah dia produk D'Herbs yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah jerawat. Bukan sahaja jerawat malah ia juga mampu mengatasi masalah resdung. Ia dihasilkan dari gabungan beberapa herba-herba tradisional yang berfungsi untuk mencuci,menyegar,mengeringkan jerawat sekali gus mengembalikan keremajaan kulit.Ia sesuai digunakan oleh smua peringkat umur terutamanya bagi kulit berminyak.Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Krim Lunas Jerawat D'Herbs
Produk ini datang dalam bentuk krim dan digunakan pada waktu malam sahaja. Sapukan krim tersebut di bahagian yang ditumbuhi jerawat dan kesannya boleh dilihat dalam tempoh seminggu. Menurut testimoni pengguna, apabila memakai krim ini, mereka akan merasa sangat segar dan sejuk di muka. Ada rasa gatal pada mulanya tapi ia beransur hilang selepas menggunakan produk ini selepas beberapa hari.

Korang boleh terjah beberapa blog testimoni pengguna seperti di SINI, SINI, dan SINI. Namun satu perkara yang saya nasihatkan ialah, sekiranya kesan gatal berpanjangan, korang cubalah minta nasihat dari pakar atau tanya doktor di farmasi berdekatan. Mungkin kulit korang mengalami alahan terhadap krim-krim tertentu. Ye lah, bukan semua kulit sesuai untuk menggunakan produk D'Herbs untuk jerawat ni.

Sekian untuk perkongsian.

Lagi Info Menarik:
> Wow! Wajah ahli silap mata ini memang cun melecun lah
> Nak makan makanan bergoreng Nando's lagi? Tak takut nanti muka berjerawat ker?

Sunday, November 29, 2015

8 Petua Tradisional hilangkan jerawat

Apabila kita berdepan dengan masalah-masalah kesihatan seperti masalah jerawat di muka, pasti ramai yang lebih dulu mencari petua tradisional atau petua semulajadi untuk merawat jerawat berbanding kaedah moden. Mungkin kerana ianya lebih dipercayai, murah, dan natural tanpa bahan kimia. Tambahan pula, jika kita merujuk kepada orang tua-tua, mereka pasti akan memberi petua-petua lama untuk merawat masalah kesihatan muka tersebut.

Berikut antara 8 petua tradisional hilangkan jerawat yang boleh dicuba.

1. Daun Sirih.
Ambil sehelai daun sirih dan rendam dalam air panas. Biarkan air menyejuk sehingga daun sirih layu. Selepas itu, ambil air tersebut untuk membasuh muka. Jangan terus lap muka tapi biarkan air tersebut kering sendiri.

2. Air Asam Jawa dan Kunyit Hidup
Campurkan sedikit asam jawa, air dan beberapa inci kunyit hidup yang ditumbuk. Apabila campuran sebati, ratakan ke seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh dengan air bersih. Jika diamalkan selalu, kulit anda akan bebas jerawat dan lebih halus.

3. Air Basuhan Beras
Basuhlah muka anda selalu dengan air basuhan beras. Biarkan kering dan kemudian basuh dengan air bersih.

4. Air Kelapa Tua
Bersihkan muka terlebih dahulu dengan bersih kemudian cuci lagi dengan menggunakan air kelapa tua. Sesudah kering, bilas dengan air. Amalkan tiga kali seminggu dan anda pasti puas hati dengan hasilnya.

5. Tepung Kanji
Larutkan sedikit tepung kanji dan sapukan di sekeliling jerawat yang timbul. Cara ini membolehkan pertumbuhan jerawat akan terhenti tanpa meninggalkan kesan bintik hitam di muka.

6. Daun Teh
Ambil daun teh yang masih hijau dan rendam dalam bekas air kemudian didihkan. Selepas mendidih, ambillah daun teh tersebut dan lekatkan ke bahagian jerawat. Mudah-mudahan, jerawat anda akan hilang dengan cepat.

7. Putih Telur Ayam Kampung
Campurkan putih telur ayam kampung dengan satu sudu tepung jangung dan minyak zaitun. Gaul rata kemudian sapu ke seluruh muka. Biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

8. Kulit Kayu Manis
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sebelum masuk tidur, tempekkan campuran tersebut ke muka. Hanya bilas pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

Demikianlah lapan petua hilangkan jerawat yang boleh anda praktikkan bagi mengatasi dan mencegah masalah jerawat. Semoga info ini berguna dan bermanfaat bagi anda yang sedang bergumul degan masalah jerawat.